Saturday, April 3, 2010

TELEFON BIMBIT BASAH / JATUH DALAM AIR?

Masalah ini bagi Hamsun sangat mudah, telefon itu tidak akan rosak jika ANDA follow tip-tip yang saya akan berikan ini…


  • Buka bateri cel atau telefon bimbit anda. AMARAN- Jika anda cuba untuk menghidupkan telefon tersebut, besar kemungkinan bahagian-bahagian dalamnya yang terdiri dari Kapasitor halus, Transistor halus, Perintang, Diod dan CPU/IC akan mengalami LITAR PINTAS dan menambah rumitkan masalah.

  • Buka skru menggunakan alat tangan yang sesuai –Kertas Warranty yang menutupi salah satu daripada skru tersebut rosakkan sahaj..sebab dalam kes telefon basah/masuk air tidak akan dibaiki oleh pembekal kerana ia tidak termaktub dalam syarat warranty/jaminan. (Sebelum berlaku kes ini, sediakan dahulu alat tangan –pemutar skru khas untuk mobile anda, jika anda sayangkan telefon anda)

  • Proses ini mesti dilakukan sebelum 4 jam kejadian telefon anda basah. Jika tidak, proses pengoksidaan akan berlaku dan bahan-bahan atau part-part halus dalam main board akan berkarat dan tertanggal (reput).

  • Titiskan air dan elakkan mengelap main board dengan kain atau tisu kerana dikhuatiri komponen-komponen seperti diod atau perintang yang halus akan tertanggal. Keringkan dengan menggunakan haba matahari ataupun kipas angin.

  • Tanggalkan monitor dan keringkan secara semulajadi.

  • Gunakan cecair Zippo (Cecair Lighter) untuk membersihkan main board. Tuangkan kedalam bekas dan celupkan main board serta komponen-komponen elektronik lain kecuali Monitor screen. Awas, jangan menggunakan cecair thinner atau petrol atau minyak lain yang boleh menghakis.

  • Setelah kering, pasangkan semula dengan cermat… dan Tekan punat ON.

  • Paparan skrin akan kembali seperti sediakala…


Saya, HAMSUN sebenarnya seorang kakitangan kerajaan yang boleh tahan juga gaji bulanannya..tapi kalau setakat nak repair kereta, modified kereta, fibreglass, ubah suai motor, repair telefon, repair computer/laptop, mengecat kereta dan motor, wiring rumah/aircond, HAMSUN buat sendiri laaaa.. syok ba tuu… Tak payah harap orang lain nak buat.. Dorang tu kadang-kadang cincai… dan ini kreativiti la juga.. ANDA macammana… masalah HANDPHONE tak bunyi pun.. nak hantar pergi kedai kaaa.. he he he.. tu tak pe… tapi kalau juruteknik tu Cuma tekan-tekan tak sampai 2 minit..lepas tu caj nya RM70 (rp200.000) atau RM100++ (rp270.000)… rugi beb… Saya pernah tolong orang repair TV, masalah cuma main board punya patri longgar… saya buat dalam 10 minit ja buka dan pasang… tu orang beri saya RM50.. wah lumayan tu beb…. Sekarang ni HAMSUN tengah prepair nak cipta satu robot untuk bertanding MALAYSIA ROBOCON akan datang… he he semoga HAMSUN akan Berjaya..

| More

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment