Saturday, April 3, 2010

MEMBINA 3 COLUMN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera ANDA sekalian...

Ni adalah Teknik Membina 3 Column Blog..
Untuk membuat tiga kolum blog ANDA harus ingat beberapa perkara:

1) Jika ANDA menukarkan blog ANDA yang sedia ada tersebut, semua links (pautan-pautan) yang ada sekarang akan hilang. Oleh itu, ANDA kena buat semula pautan-pautan tersebut.

2) Bukan sahaja pautan ANDA, gambar-gambar yang terdapat pada layout luar (bukan dalam posting) blog ANDA akan turut hilang.

3) Begitu juga dengan widget-widget yang telah ditambah, seperti jam, kalendar, widget surat khabar, hit kedatangan dan lain-lain lagi.

4) Walaubagaimanapun, posting anda akan kekal, begitu juga dengan gambr di dalam posting anda.

Oleh yang demikian, HAMSUN mencadangkan agar ANDA CREATE A BLOG baru dekat dashboard tersebut, dan biarkan blog lama tersebut terus berfungsi. Kemudian, setelah ANDA selesai menyediakan blog baru untuk 3 kolum itu, ANDA hanya perlu copy paste sahaja code-code widget, pautan, dari blog lama ANDA! OK? Kalau nak tukar yang lama jugak, haa...ANDA kena la bersedia dengan risiko-risiko yang HAMSUN nyatakan di atas...

Sebelum itu, untuk ANDA yang tak tahu apekebendanya blog 3 kolum itu haaa...ni la bendanya

Ok, untuk tutuorial kali ini, HAMSUN tidak akan menukarkan bentuk blog HAMSUN yang sedia ada ini kepada 3 kolum. Sebaliknya, HAMSUN akan CREATE A BLOG (blog baru) pada dashboard. Kita akan buat blog baru, seperti biasa, kalau lupa, rujuk balik kelas yang lepas.

Jika nyah sudah ada blog baru, ok jom kita mulakan

Sebelum HAMSUN terlupa, untuk menukar blog 2 kolum kepada 3 kolum memerlukan sedikit kesabaran dan kreativiti. ANDA perlu melungsuri web-web yang menawarkan template percuma untuk blog 3 columm ini. Di web-web ini, ANDA boleh muat turun banyak lagi template-template yang cantik-cantik. Ianya di dalam bentuk file .XML dan ianya mudah digunakan.

HAMSUN telah pun menyenaraikan beberapa web-web yang menawarkan template-template percuma. Ingat, untuk memudahkan kerja ANDA, download file yang berakhir dengan .XML sahaja. Jika ANDA memuat turun file berbentuk HTML, ANDA terpaksa menukarkan kepada blog classic yang lebih rumit kerjanya!

Untuk permulaan, ANDA cuba dulu download template yang telah HAMSUN sediakan kat sini.


Hanya right click dan save as sahaja. Muat turun dahulu sebelum menyambung kerja pembikinan blog ini okey..

Ok, bila dah selesai download, pastikan file tersebut berakhir dengan .XML dan sebagai contoh, jika ANDA muat turun dari blog HAMSUN (UMPALUT), filenya akan bertulis begini
minibox_v1.2-blk-ctr.xml
Baik, mari kita teruskan langkah seterusnya...

| More

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment