Saturday, April 3, 2010

COMMENT -MEMANTAU ATAU TIDAK?

COMMENT adalah salah satu fungsi paling popular di dalam blog. Setiap entry yang ditaip dan menerima komen dari pembacanya adalah salah kejayaan kepada seseorang bloggers dalam menyampaikan mesej di dalam penulisannya. Tidak kira sama ada komen tersebut pendek ataupun panjang, apa yang penting, pembaca telah membaca entry tersebut dan ingin meluahkan pendapatnya di situ.

Namun begitu, sesetengah komen yang dibuat bukan dari pengunjung tetapi telah pun di set kan untuk muncul oleh pelayar-pelayar yang tidak bertanggungjawab yang cuba mempromosikan blognya. Perkara ini dapat diatasi dengan memantau setiap komen yang diberi.

Kali ni HAMSUN nak tunjukkan cara kita memantau atau moderate semua kehadiran komen yang ada pada blog ANDA semua. Ada sesetengah bloggers yang memang mahukan komen yang ditulis oleh pengunjungnya atomatik muncul setelah ianya ditulis dan ada yang mahu memantau terlebih dahulu kehadiran komen-komen ini.

Kelebihan memantau komen ialah kita dapat mengetahui entry yang mana yang dikomen oleh pengunjung. Jika kita tidak memantau, berkemungkinan kita boleh terlepas pandang di mana komen tersebut di buat.

BAGAIMANA HENDAK MEMANTAU KOMEN ANDA:

Seperti biasa, ANDA kena log in untuk munculkan DASHBOARD nyah!


Setelah selesai, ape lagi nyah...tunggu la orang komen kat blog ANDA, lepas tu, jika ada yang menulis apa komen, diruangan komen tersebut akan muncul pernyataan seperti berikut:Sesetengah bloggers yang kurang ariff, dia akan menulis semula komennya kerana menyangka komennya sebentar tidak berjaya...lantak dia la..hiks hiks ...yang pastinya, anda boleh memadam komen-komen yang terlebih tulis tadi...
Semua pemantauan akan berada di DASHBOARD nyah semua seperti contoh dibawah:

Kemudian, ANDA kembali ke blog dan klik REFRESH....komen-komen terbaru tersebut akan masuk kemudiannya...ok?

Selamat Mencuba!
| More

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment