Saturday, April 3, 2010

Panduan Tukar Template Blogspot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada peminat Komputer dan Internet.

Baiklah HAMSUN teruskan pelajaran kita pada hari ini BERKAITAN panduan atau cara untuk tukar design / template / theme blog yang menggunakan Blogspot sebagai platform.

Langkah pertama yang ANDA lakukan cari template yang sesuai mengikut citarasa ANDA.Terdapat banyak template percuma yang dibuat oleh pakar template.Anda hanya perlu cari di enjin carian dan download template tersebut.Buka enjin carian seperti Google , Yahoo , MSN dan sebagainya.Selepas itu taip keyword template blogspot , free template blogger , template blogger , personal template blogspot , red template , beautiful template blogspot dan sebagainya.Sebagai contoh jika anda ingin mencari template berunsur masakan/resepi.Apa yang perlu anda lakukan di enjin carian taip keyword blogger/blogspot template recipes.

Langkah-Langkah Tukar Template Blogspot.

  1. Download template yang anda kehendaki.
  2. Jika file tersebut dalam keadaan Winzip.Extract terlebih dahulu.
  3. Login ke akaun Blogger anda.
  4. Klik pada menu Layout.
  5. Edit HTML.
  6. Klik pada Browse dan pilih file yang template yang anda download. (pastikan file yang anda pilih diakhiri dengan namatemplate.xml).
  7. Selepas itu klik pada Upload.
  8. Untuk melihat hasilnya klik pada Preview.Jika tidak ada sebarang error dan puas hati dengan template tersebut klik pada Save Template sebagai langkah terakhir.

blogger-edit-template-htm

| More

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment