Friday, September 10, 2010

Salam Aidil Fitri.. 2010

'Ambalut' mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 10 September 2010... Diharapkan semua rakan-rakan sentiasa gembira dan ceria di hari lebaran yang mulia ini. Lupakan segala kesulitan dan kesedihan.. simpan kemas-kemas semua masalah yang sedang dihadapi sekarang ini, mari semua kita bersyukur.. dan bergembira.. semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan lalu diterima oleh Allah SWT dan semoga kita semua akan diberikan rahmat dari-Nya. Dalam kesempatan ini, HAMSUN ingin menyusun 10 jari ini memohon maaf kepada baginda Rasulullah SAW kerana tidak dapat menjadi umatnya yang berbakti dengan baik terhadap agama.. akulah umatmu yang hanya memandang Al-Quran dibakar dalam satu pesta, akulah umatmu yang membiarkan saudar-saudara di Gaza menderita.. akulah umatmu yang membiarkan umat di sekelilingku dalam kefasikan, kekufuran, dan kealfaan, aku tidak dapat menjadi umatmu seperti yang Engkau harapkan ya Rasulullah SAW.. Kepada kedua ibubapaku ampunkanlah kesalahan dan kesilapanku sejak aku lahir hingga kini, kepada seluruh ahli keluargaku, maafkanlah kesalahan serta kesilapanku.. kepada isteriku, anakku, ibubapa mertuaku, saudara mara ku dan rakan-rakanku sekalian... mohon ampun kupinta dari hujung rambut hingga ke hujung ibu jari kakiku... halalkan segala yang termakan dan terminum, terambil, terkata dan segala salah dan silapku... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Jangan lupa, saya menjemput anda semua ke rumah terbuka pada hari raya ke-4 di Kg. Himbaan Ranau.. 14 Sep 2010....
| More

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book

No comments:

Post a Comment